I MAY NOT BE A PERFECT ONE, I MAY NOT BE GOOD ONE BUT I ALWAYS TRYING TO A BETTER ONE :)

Saturday, March 31, 2012

FINE. AKU MEMANG LAMBAT UPDATE. FINEE

ASSALAMULAIKUM , SALAM SEJAHTERA.

HAHAHA abaikan ni :P


Hmmm baru aku perasan dah lama gilaa tak update.
Agaklah dalam 16 hari kot.
Sorrrrry, niat nak update tu ada.
Tapi tak update jugak.


Lebih lebih lagi sejak 21 March tu.
Erghhh memang mood hilang, rasa sedihh.
Yelaa kita ni result tak seberapa.
*LAMBAT GILEE UPDATE PASAL RESULT


But at the same time.
Aku masih bersyukur.
Sebab..
Sebenarnya result aku tu takde lah teruk mana.
Bak kata abang, ibu abah, kakak, saudara mara, kawan kawan and yang lain lain tu.
Mungkin sebab..
Status sekolah? 
Kawan kawan lain yang lagi berjaya?
Harapan sekolah , keluarga ?
Buatkan aku rasa aku terukk -.-
Yang penting, kita REDHA.
Mungkin ini yang terbaik disisiNya


Tipuu gile aku aku takde menangis..
Mungkin orang lain nampak aku senyum, muka takde perasaan.
Tapi siapa tauu dalam hati ni?
Lepas sehari setengah lepas tu, aku dah boleh terima
Untungg aku tak meroyan kan? HAHAHAHA


Aku percaya, walaupun abah dengan ibu aku kata
"Okay lah tu, Syukur Alhamdulillah"
Aku pun nak jugak cakap, SYUKUR ALHAMDULILLAH YA ALLAH !
Tapi aku tau jauh dilubuk hati dorang, mesti dorang kecewa.
Even sikit..
Ibu abah, Tira minta maaf sebab tak dapat nak hadiahkan 9A+ kat ibu.
Tapi satu hari nanti, insyaAllah Tira akan balas dan tebus balek !


Aku nak petik kata kata dari senior aku ni..

" spm hanyalah permulaan kepada kehidupan yang sebenar. spm hanya menentukan arah tuju ke dunia pendidikan tahap yang ketiga. dan kecemerlangan kita semasa di matrik/asasi/stpm bergantung kepada tahap usaha kita waktu tu, bukan bergantung kepada result spm. percayalah, HE knows better. dan ikut sunnatullah, siapa usaha lebih, dia dapat lebih. jadi, adik adik jangan down sangat. panjang lagi perjalanan. :)"



Bagi yang berjaya, TAHNIAH !
Ini jugak merupakan satu ujian sebenarnya.

Bagi yang kurang berjaya macam saya, hoho
JANGAN MUDAH PUTUS ASA.
Ada hikmah disebaliknya.
Mungkin masa lampau kita dulu kita ada buat silap.
Ni pun satu ujian sebenarnya kan ?

TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA KEPADA SEMUA YANG TERUS BAGI SOKONGAN MORAL YANG TAK HENTI HENTI !
*banyak 'yang' nyaa :D


Sekian tu je aku nak coret hari ni.

السلام عليكم

Thursday, March 15, 2012

SEMANGAT SIKIT !

Assalamualaikum. 
Kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayangg <3 HAHA

Detik demi detik..
Hari berganti hari..
"Arghhh seminggu je lagi!'
"Alamakk tak sampai seminggu je dahh haa"
'Wehh cuak gilaaaa!!"
"Im counting the days"
"Alaaa, Watlek watpeace ahh. Result je pungg"


Hahhhh.
Macam macamlah yg kita dengarkan.
Even aku sendiri menghitung hari.
Anda bagaimana? 
Kita tauu yg tinggal beberapa hari je lg nak keluar resultkan?
Lagi lagi KPM, berita, sendiri dah buat pengumuman.
Jadi secara rasminya memang 21 Mac ni lahh tarikh keramatnya :)


Well.
Aku dah tktau apa feeling aku sekarang.
Cuak? Nervous?  Takut? Suka?
Hahaa heartless kot -.-
Tak payah nak countdown sangatlahh kot
Whatever it is, the days will come.


Tipuu gilaa kalau tak takut kan?
Kita masih ada masa untuk berdoa , buat solat sunat.
Tawakal. Kita dah usaha.
InsyaAllah.
Kalo result kita bagus, bersyukurlah kepadaNya
Jangan riak atau takbur
Kalo keputusan yg kita dapat tak macam yg kita inginkan.
Kita kene kuat.
Jangan cepat salahkan takdir.
Mesti ada hikmahnya.
Mesti ada sebabnya.
Peringatan kah? Dugaan kah? 
Allah itu Maha Mengetahui.
DIA tahu apa yg terbaik untuk makhlukNya :)



Okay okay pastu nak masuk citee lain pulak.
Tadi aku tetiba lah nak buat gambar profile picture kat Twitter dgn FB



 
Memandangkan sekolah aku hanya 9A+ dgn 10A+ je
Tapi aku 9 subjek jelahh
Pastu aku pass lah gambar ni kat BAASHAH
Suruh dia buat DP
Hahaa tak sangka tersebar.
Pastu tengok ramai budak batch dah tukar.
Tak sangka lah pulakkan.
Tak kisah laa kan



Bagi aku..
Mende ni macam LAW OF ATTRACTION
Orang pandang gambar ni..
Orang baca dan sebut apa yg dilihat.
InsyaAllah jadi satu doa.
Kalo ramaiii yg sebut?
Bukan ke kata kata itu satu doa?
InsyaAllah kejayaan milik kita bersama wahai kawan, teman dan sahabatku :)



Ni lahh Kempen Semangat yg Batch aku, EXODUS dah buat td.
Hahaa kerjasama yg baik even tak semua lagiii

sume nak tuka dp.

Yang ni gambar2 yg ada kat Group batch tuu

K tak payah bace pun komen2 tu.
Nak kasi tengok gambar sederet tu je HAHA

Doa Mohon Kejayaan:
Ya Allah, aku mohon kepada Engkau kejayaan dalam pengadilan dan tempat org2 syahid, penghidupan org2 yang bahagia dan mendapat kemenangan dalam menentang musuh.

Doa Menenangkan Hati Yang Berdebar:
Dengan nama Allah , Wahai Allah, rawatilah daku dengan Rawatan-Mu, sembuhkanlah daku dengan Penawarmu dan Cukupkan daku dengan kelebihan yang ada padamu dari mengharapkan selain dari-Mu

InsyaAllah . Wallahualam

p/s: doakan aku 20hb ni JPJ test tauu





Tuesday, March 13, 2012

IBU BOHONG!

Please don't jump into conclusion. Baca dulu lahhh :)


BU SAYA DAN JUGA IBU ANDA SEBENARNYA PENIPU!!

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar." PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit" PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." . PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu
"SEMOGA MENJADI TAULADAN".... :(
"sharing is caring"



-copy and paste-

Monday, March 5, 2012

I CAN DO IT..PLEASEEE

Assalamualaikum and Hello World!

Ouhh actually today Im felt quite happy, nervous, angry, scared, dilema and so on -.-
It just like the taste of the Teh O Ais Limau kan?
Masam masam manis. LOL boleh terima.


Tadi akak sedaro den tetibe mintak aku mengtuisyenkan anak dia.
Form two..Ermm InsyaAllah.
Aja MATH, SCIENCE..
Errr lagi dua subjek den lupo lahh haihh -.-'
Tapi skang dah BM kan?
Time kitee dulu kan BI, dah biasa.
Ahh balun je!
Cuma aku ni tak berapa pandai nak mengajar orang.
Tapi takpe kalo niat ikhlas InsyaAllah akan dipermudahkan :)
 Lagi lagi skang ni kan aku penganggur terhebat masa kini :D
At least adelah kerja aku ni selain menjahit.

Bak kata orang, lagi banyak kita mengajar orang, lagi banyak ilmu yg kita ingat dan dapat kan?



Dah dah.
Pastu tibe nak bukak citee pasal borang UPU fasa 2.
Hahaa memang tadi sibuk aku bincang dgn kawan2 yg tgh sibuk gak nak isi borang.
And dorang dah berjaya isi (Y) TAHNIAH!
Aku ni haa masih gelabah babun nak isi.
Kemain aku tanya tu, tanya ni.
Last last tak jadik isi.
SEBAB?
Aku tak bersedia. Cuaks. Nervous giloss -.-

Tapi aku akan isi sebelum dapat result jugak!
Sebab aku dah terbaca nii..

KLIK KAT GAMBAR KALO TAK NAMPAK!

Ada betul nye gak an?
Lepas dapat result nanti aku edit jelaa mana yg perlu, ye dok?
Bukan apa, ni masa depan.
Kalo salah buat pilihan, kita yg merana! 
Bab bab ni memang aku takleh watlek watpeace bro, im sorry.
Im so damn serious! Hahaha
Terkilan and terkecewa dgn paper SPM ku
Tapi takleh buat apa dahh 
Sume dah berlalu.



Aku redha pape je keputusan yg aku dapat andai itu yg terbaik disisiNya :)
ahh sentap!











Sunday, March 4, 2012

DO YOU FEEL WHAT I FEEL?

Assalamualaikum and Hello World!

Do you feel what I feel? *keningkening
Tajuk tak gempak and I know it!

Lately ni kan, aku rasa lahh kan, AKU RASA LAHH.
Bukak Facebook, check notify. Then BOSAN
Bukak Twitter, baca tweet orang, retweet orang, tweet orang. Then BOSAN
Bukak blog, check comments, tinjau2 sikit. Then BOSAN.
Atau aku ni yg membosankan? Hahah

Skang ni pun kan, aku rasa macam dah rama tak update blog.
Cehh cakap orang, AKU PUN LAA -.-
Masa awal2 hari tu, fuyohh laju sampai tak sempat kejar!
Errr, pe jadahnya jadi macam ni? 


I was like..




Yeah I love to read others post eventhough I don't leave a comment
But I read it you know when I really don't know what am I going to do. Hikhok
But next time, aku akan tinggalkan okay?
Keep updating! Kemon lahh! Hihii


buat macam ni mujarab kot?

Ahhaa, lagi satu tolonglah encourage aku nak update blog.
Aku jeles kot tengok blog korang.
Cantik, menarik nak dibaca.
Ada je idea.
Sorrylah aku ni memang ada masalah dalam bab2 macam ni :P Hokhik

Ada yg tu.
Simple but verrryy nice :)

Hihii tu jelaaa.
Almaklumlaa.
Aku ni pemalu, memang susah sikit nak bercakap ni HAHA
Till then, tataa.
Jumpa ah lagi beberapa hari kih3000