I MAY NOT BE A PERFECT ONE, I MAY NOT BE GOOD ONE BUT I ALWAYS TRYING TO A BETTER ONE :)

Wednesday, May 23, 2012

MEREKA DI UNIMAS





(1) *Mood sedih*

Assalamualaikum peeps :) Aku tulis sikit je hari ni. Huhhh cepatnya masa berlalukann? Rasa baru je habis jawab paper biology 30 November 2011, 6 bulan lepas. Ehhhhhhh? Sekarang ni masing masing dah bawak diri. Sorang ke situu, sorang ke sini, sorang ke sinunnn. Utara, barat, timur, selatan. Haihh semua arah mata anginlahhh.


Hari ni, dengan airmata yang berlinangan sampai basah keyboard ni *tipuu tipuu tipuu* aku nak say GOODBYE untuk beberapa kawan kawan aku yang belajar kat "oversea". Nunnn jauh sana dipisahkan oleh Laut China Selatan. Haha. Tapi aku hope kita belajar kat oversea one day ;)

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Bolehlah oversea nya tu -,- Hari ni dah dua orang dah selamat sampai kat Sarawak sana. Actually dorang daftar 27 Mei ni. Okay semua tahu kott :3 Besok lusa tulat ada lagi yang akan berangkat sana. Woahh semua nak start belajar dahh. Sedihkan nak berpisah dengan kawan kawan semua?

Miss uolls nanti. Doakan kitorang kat semenanjung ni. Balik nanti bawak kek lapis yoo :D



         





SEMOGA BERJAYA KALIAN SEMUA !

p/s : ada sesape nak berkenalan dengan dorang ni?
hehehe





Thursday, May 17, 2012

LE DECISION



Assalamualaikum. Blog ni diakui memakan masa yg sangat lama untuk diupdate. Sebab makin lama makin malas aku nak update. Orang yg malas update macam aku je faham perasaan tu. Hehee


Okay okay, sekarang ni dah musim orang masuk U. Wooo congrates ahh sape yg dapat MARA ke JPA ke congrates sangat sangat ! Yang dapat course yg memey koraang nak kat upu tu pun tahniahh. Korang ohhsemmm :D Yang kurengg bernasib baik, jangan give up bebeh ! Bak kata ibu aku, this is not the end of the world ! Oyeahhh and aku tak mohon MARA or JPA because of various reasons. Kayy tu je reasons aku =.=


Tapi tapi aku masuk matrik je. Ohh ramai kata " Wehh kau tak cuak ke masuk matrik ? " , " Matrik susah gilerr kot " dan macam macam lagilahh yg agak kurang lemak masin masin masam untuk didengar -,- Okay ekau donga sini. Aku ni bukan tak dapat upu, aku dapat. Memandangkan aku ni sebenarnya masih ragu ragu dengan cita cita aku ni, tu lah aku decide nak masuk matrik. Sebab matrik ni kan untuk sape kesamaran cita cita macam aku nii. Oh aku pasti korang pun ada pandangan masing masing.


Pehhliss lahh weyy aku tau its quite tough tapi kalo nak difikirkan balik, belajar mana ada nak semuanyaa senang? Kene tempuhh yang susah jugakkan? Janganlah terlampau berfikiran negatif. Cuba think positif sikit? Ape pulak cite orang yang dulu SPM dia hanya 3A, 2A? But now dah bergelar engineer ? Doktor ? Ni buktinya kita bolehh jugak (Y) Takleh nak dengar cakap orang je. Ibu cabar aku, dia kata dulu masa form 4 form 5 ada masa dua tahun. Tapi kenapa taknak belajar betul betul? Sekarang ni masa setahun je? Tak boleh ke berkorban?


Sekarang dah takde masa nak fikir semua tu. Dan jangan pengaruh aku lagi. Aku dah buat keputusan aku. Aku rasa inilah yang terbaik :) InsyaAllah


Bak kata ibu and Baashirah belajar mana mana pun boleh berjaya. Rezeki Allah tu luas , kata mereka, rakan rakan saya. Jadi doalahh yg terbaik, doakan aku berjaya, Terima kasih.
Saya doakan kalian berjaya jugakk.



Tuesday, April 17, 2012

GROUP 17 APRIL SAMBUT BIRTHDAY.

ASSALAMUALAIKUM . SALAM SEJAHTERA.

Ohhh dah lama tak menghapdate kan blog ni.
Abaikan segala sawang, habuk, sarang anai anai semua tu =.=''


As we all know..
Hari ni 17 April kan? kan?
Hari ni takde apa pun yang best untuk aku
Hari ni takde yang special pun.
Hari ni takde apa apa pun bagi aku.


Cuma..
Ada lah beberapa orang sekarang ni tengah happy.
Tengah rasa dah besar.
Tengah rasa berbangga.
Tengah busy reply wish orang dekat fb, twitter, handphone.
Tengah bersyukur ke hadrat Ilahi sebab masih diberi peluang untuk hidup.
*aku merepek*
Dan apa apa jelah yang korang tengah buat pun





HAPPY BIRTHDAY !

Especially..


BELLE

SUHANA

PEANUT

HAZROY

ZIBANG

MY FRIENDS !!!

Aku buat post ni sebab korang sambut birthday ramai.
Pehal laa banyak banyak tarikh, korang pilih 17 April gak?
Hahaha
Btw, kite geng 17 !
*aku 17 januari*


Nak wish apa je?
Standart wish lah.

Semoga panjang umur.
Murah rezeki.
Diberkati Allah.
Diberi kesihatan yang baik.

bla....bla....bla...bla

Semoga berjaya dalam hidup :)

Alhamdulillah
Kita masih bernafas di bumi Allah ni :)
Jadi orang yang bergunalah hendaknya ye

Dahh aku malas taip panjang.



'Age' is the acceptance of a term of years. But maturity is the glory of years.



p/s : so matang lahh sikit ! haha


Monday, April 9, 2012

TAHNIAHHH DARI AKU !

ASSALAMUALAIKUM. SALAM SEJAHTERA.


Err mungkin post ni agak lambat lahh kan memandangkan keputusan SPM dah keluar hampir 3 minggu yang lepas.
Tapi semalam, 8 April 2012 sekolah aku baru je buat Majlis Anugerah Cemerlang (MAC) untuk tahun 2011 khasnya buat semua pelajar yang dapat keputusan cemerlang dalam PMR dan SPM 2011.
Tapi yang sedihnyaa, aku tarak join itu majlis.
Sebabnya..sebabnya..sebabnya.. aku belum layak :'(
Tunggulah majlis konvo aku 7 atau 8 tahun dari sekarang confirmoo ado :)
Yeehoooo :D  InsyaAllah



Ni muka kebanggaan mak bapak, sekolah, agama, 

orang kampung, bangsa dan negara !!



Kepada kawan kawan batch tersayangg.
Even aku tak dapat merasa naik pentas.
Even aku tak merasa camna perasaan korang dapat genggam Straight A's tu.
Even dalam kedudukan SBP Negeri Sembilan ni kita dalam kedudukan yang tak berapa cantik.
Even kita takdelaa capai target sekolah tepat tepat !
Even sometimes kita rasa macam 'di anak tiri kan' HAHAA
And many many more EVENTHOUGH !

Tapi aku still bangga gilee dengan korang.



Nak tauu sebab apa?
Sebab korang kawan, sahabat, teman, rakan aku selama lamanya.
Lagi tuu, kita naikkan gred purata sekolah !
Bilangan straight A tahun 2011 meningkat !
And most the best thing, pencapaian kita ni yang paling terbaik sepanjang sejarah sekolah :)

Bla..bla..bla..bla..bla...
Takde ideaaa =.=



Korang korang..
Setinggi tinggi TAHNIAH eh !
Korang deserve sangat !
Teruskan kecemerlangan korang di masa akan datang



Aku teringat..
Masa salam ukhwah sebelum nak SPM hari tu
Sape sape yg sempat minta maaf dgn aku laa
Sebab tak sempat habis pun kan?
Aku ada pesan..
" Nanti kalo berjaya..
 Jangan lupa Allah, ibu bapa, cikgu cikgu, kawan kawan..
 Yang paling pentingggg, JANGAN LUPA DIRI "
Pesanan ikhlas ditujukan utk diri sendiri jugakk >.<

Tu pun kalo ingat lahh =.='



Tak lupa jugak utk kawan kawan yang sipi sipi, hampir hampir, dekat dekat dgn A lurus tu..
Tahniah jugakkk !
Tu pun dah aweesome, kencang dah tu.




Yang pentingnya, bersyukur dengan apa yang kita dapat.
Semoga kalian semua dapat capai impian, cita cita masing2.
Aku percaya korang bolehhh :D

Errrrrr aku memang tak reti nak berkata kata.
So GOOOOOOD LUCKKKK !


p/s: target kawen kurang 
10 tahun 
dari sekarang! 
gatal...
 hahahahaha


Saturday, March 31, 2012

FINE. AKU MEMANG LAMBAT UPDATE. FINEE

ASSALAMULAIKUM , SALAM SEJAHTERA.

HAHAHA abaikan ni :P


Hmmm baru aku perasan dah lama gilaa tak update.
Agaklah dalam 16 hari kot.
Sorrrrry, niat nak update tu ada.
Tapi tak update jugak.


Lebih lebih lagi sejak 21 March tu.
Erghhh memang mood hilang, rasa sedihh.
Yelaa kita ni result tak seberapa.
*LAMBAT GILEE UPDATE PASAL RESULT


But at the same time.
Aku masih bersyukur.
Sebab..
Sebenarnya result aku tu takde lah teruk mana.
Bak kata abang, ibu abah, kakak, saudara mara, kawan kawan and yang lain lain tu.
Mungkin sebab..
Status sekolah? 
Kawan kawan lain yang lagi berjaya?
Harapan sekolah , keluarga ?
Buatkan aku rasa aku terukk -.-
Yang penting, kita REDHA.
Mungkin ini yang terbaik disisiNya


Tipuu gile aku aku takde menangis..
Mungkin orang lain nampak aku senyum, muka takde perasaan.
Tapi siapa tauu dalam hati ni?
Lepas sehari setengah lepas tu, aku dah boleh terima
Untungg aku tak meroyan kan? HAHAHAHA


Aku percaya, walaupun abah dengan ibu aku kata
"Okay lah tu, Syukur Alhamdulillah"
Aku pun nak jugak cakap, SYUKUR ALHAMDULILLAH YA ALLAH !
Tapi aku tau jauh dilubuk hati dorang, mesti dorang kecewa.
Even sikit..
Ibu abah, Tira minta maaf sebab tak dapat nak hadiahkan 9A+ kat ibu.
Tapi satu hari nanti, insyaAllah Tira akan balas dan tebus balek !


Aku nak petik kata kata dari senior aku ni..

" spm hanyalah permulaan kepada kehidupan yang sebenar. spm hanya menentukan arah tuju ke dunia pendidikan tahap yang ketiga. dan kecemerlangan kita semasa di matrik/asasi/stpm bergantung kepada tahap usaha kita waktu tu, bukan bergantung kepada result spm. percayalah, HE knows better. dan ikut sunnatullah, siapa usaha lebih, dia dapat lebih. jadi, adik adik jangan down sangat. panjang lagi perjalanan. :)"



Bagi yang berjaya, TAHNIAH !
Ini jugak merupakan satu ujian sebenarnya.

Bagi yang kurang berjaya macam saya, hoho
JANGAN MUDAH PUTUS ASA.
Ada hikmah disebaliknya.
Mungkin masa lampau kita dulu kita ada buat silap.
Ni pun satu ujian sebenarnya kan ?

TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA KEPADA SEMUA YANG TERUS BAGI SOKONGAN MORAL YANG TAK HENTI HENTI !
*banyak 'yang' nyaa :D


Sekian tu je aku nak coret hari ni.

السلام عليكم

Thursday, March 15, 2012

SEMANGAT SIKIT !

Assalamualaikum. 
Kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayangg <3 HAHA

Detik demi detik..
Hari berganti hari..
"Arghhh seminggu je lagi!'
"Alamakk tak sampai seminggu je dahh haa"
'Wehh cuak gilaaaa!!"
"Im counting the days"
"Alaaa, Watlek watpeace ahh. Result je pungg"


Hahhhh.
Macam macamlah yg kita dengarkan.
Even aku sendiri menghitung hari.
Anda bagaimana? 
Kita tauu yg tinggal beberapa hari je lg nak keluar resultkan?
Lagi lagi KPM, berita, sendiri dah buat pengumuman.
Jadi secara rasminya memang 21 Mac ni lahh tarikh keramatnya :)


Well.
Aku dah tktau apa feeling aku sekarang.
Cuak? Nervous?  Takut? Suka?
Hahaa heartless kot -.-
Tak payah nak countdown sangatlahh kot
Whatever it is, the days will come.


Tipuu gilaa kalau tak takut kan?
Kita masih ada masa untuk berdoa , buat solat sunat.
Tawakal. Kita dah usaha.
InsyaAllah.
Kalo result kita bagus, bersyukurlah kepadaNya
Jangan riak atau takbur
Kalo keputusan yg kita dapat tak macam yg kita inginkan.
Kita kene kuat.
Jangan cepat salahkan takdir.
Mesti ada hikmahnya.
Mesti ada sebabnya.
Peringatan kah? Dugaan kah? 
Allah itu Maha Mengetahui.
DIA tahu apa yg terbaik untuk makhlukNya :)



Okay okay pastu nak masuk citee lain pulak.
Tadi aku tetiba lah nak buat gambar profile picture kat Twitter dgn FB



 
Memandangkan sekolah aku hanya 9A+ dgn 10A+ je
Tapi aku 9 subjek jelahh
Pastu aku pass lah gambar ni kat BAASHAH
Suruh dia buat DP
Hahaa tak sangka tersebar.
Pastu tengok ramai budak batch dah tukar.
Tak sangka lah pulakkan.
Tak kisah laa kan



Bagi aku..
Mende ni macam LAW OF ATTRACTION
Orang pandang gambar ni..
Orang baca dan sebut apa yg dilihat.
InsyaAllah jadi satu doa.
Kalo ramaiii yg sebut?
Bukan ke kata kata itu satu doa?
InsyaAllah kejayaan milik kita bersama wahai kawan, teman dan sahabatku :)



Ni lahh Kempen Semangat yg Batch aku, EXODUS dah buat td.
Hahaa kerjasama yg baik even tak semua lagiii

sume nak tuka dp.

Yang ni gambar2 yg ada kat Group batch tuu

K tak payah bace pun komen2 tu.
Nak kasi tengok gambar sederet tu je HAHA

Doa Mohon Kejayaan:
Ya Allah, aku mohon kepada Engkau kejayaan dalam pengadilan dan tempat org2 syahid, penghidupan org2 yang bahagia dan mendapat kemenangan dalam menentang musuh.

Doa Menenangkan Hati Yang Berdebar:
Dengan nama Allah , Wahai Allah, rawatilah daku dengan Rawatan-Mu, sembuhkanlah daku dengan Penawarmu dan Cukupkan daku dengan kelebihan yang ada padamu dari mengharapkan selain dari-Mu

InsyaAllah . Wallahualam

p/s: doakan aku 20hb ni JPJ test tauu





Tuesday, March 13, 2012

IBU BOHONG!

Please don't jump into conclusion. Baca dulu lahhh :)


BU SAYA DAN JUGA IBU ANDA SEBENARNYA PENIPU!!

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar." PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit" PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." . PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu
"SEMOGA MENJADI TAULADAN".... :(
"sharing is caring"



-copy and paste-

Monday, March 5, 2012

I CAN DO IT..PLEASEEE

Assalamualaikum and Hello World!

Ouhh actually today Im felt quite happy, nervous, angry, scared, dilema and so on -.-
It just like the taste of the Teh O Ais Limau kan?
Masam masam manis. LOL boleh terima.


Tadi akak sedaro den tetibe mintak aku mengtuisyenkan anak dia.
Form two..Ermm InsyaAllah.
Aja MATH, SCIENCE..
Errr lagi dua subjek den lupo lahh haihh -.-'
Tapi skang dah BM kan?
Time kitee dulu kan BI, dah biasa.
Ahh balun je!
Cuma aku ni tak berapa pandai nak mengajar orang.
Tapi takpe kalo niat ikhlas InsyaAllah akan dipermudahkan :)
 Lagi lagi skang ni kan aku penganggur terhebat masa kini :D
At least adelah kerja aku ni selain menjahit.

Bak kata orang, lagi banyak kita mengajar orang, lagi banyak ilmu yg kita ingat dan dapat kan?



Dah dah.
Pastu tibe nak bukak citee pasal borang UPU fasa 2.
Hahaa memang tadi sibuk aku bincang dgn kawan2 yg tgh sibuk gak nak isi borang.
And dorang dah berjaya isi (Y) TAHNIAH!
Aku ni haa masih gelabah babun nak isi.
Kemain aku tanya tu, tanya ni.
Last last tak jadik isi.
SEBAB?
Aku tak bersedia. Cuaks. Nervous giloss -.-

Tapi aku akan isi sebelum dapat result jugak!
Sebab aku dah terbaca nii..

KLIK KAT GAMBAR KALO TAK NAMPAK!

Ada betul nye gak an?
Lepas dapat result nanti aku edit jelaa mana yg perlu, ye dok?
Bukan apa, ni masa depan.
Kalo salah buat pilihan, kita yg merana! 
Bab bab ni memang aku takleh watlek watpeace bro, im sorry.
Im so damn serious! Hahaha
Terkilan and terkecewa dgn paper SPM ku
Tapi takleh buat apa dahh 
Sume dah berlalu.



Aku redha pape je keputusan yg aku dapat andai itu yg terbaik disisiNya :)
ahh sentap!











Sunday, March 4, 2012

DO YOU FEEL WHAT I FEEL?

Assalamualaikum and Hello World!

Do you feel what I feel? *keningkening
Tajuk tak gempak and I know it!

Lately ni kan, aku rasa lahh kan, AKU RASA LAHH.
Bukak Facebook, check notify. Then BOSAN
Bukak Twitter, baca tweet orang, retweet orang, tweet orang. Then BOSAN
Bukak blog, check comments, tinjau2 sikit. Then BOSAN.
Atau aku ni yg membosankan? Hahah

Skang ni pun kan, aku rasa macam dah rama tak update blog.
Cehh cakap orang, AKU PUN LAA -.-
Masa awal2 hari tu, fuyohh laju sampai tak sempat kejar!
Errr, pe jadahnya jadi macam ni? 


I was like..




Yeah I love to read others post eventhough I don't leave a comment
But I read it you know when I really don't know what am I going to do. Hikhok
But next time, aku akan tinggalkan okay?
Keep updating! Kemon lahh! Hihii


buat macam ni mujarab kot?

Ahhaa, lagi satu tolonglah encourage aku nak update blog.
Aku jeles kot tengok blog korang.
Cantik, menarik nak dibaca.
Ada je idea.
Sorrylah aku ni memang ada masalah dalam bab2 macam ni :P Hokhik

Ada yg tu.
Simple but verrryy nice :)

Hihii tu jelaaa.
Almaklumlaa.
Aku ni pemalu, memang susah sikit nak bercakap ni HAHA
Till then, tataa.
Jumpa ah lagi beberapa hari kih3000













Wednesday, February 29, 2012

It's 29th FEBRUARY!

ASSALAMUALAIKUM AND HELLO WORLD!

Tujuan aku nak tulis nii hanyalah nak mengabdikan kenangan tarikh pelik hari ni.
29th FEBRUARY
Hahaha
Jumpa 4 tahun sekali je kan.

Sapa sapa yang sambut birthday hari nii, HAPPY BIRTHDAY!
Berapa kek dapat?
Kaut sekali 4 kek ke?



Baik kanak-kanak.
Hari ni cikgu nak ajar sikit pasal bumi yerr


Kita dah tau kan bumi ni berputar kat atas paksinya dan mengelilingi matahari.
Kan? Kan?
GEOGRAFI A+ ! *memang ada pulakk -.-
Bumi berputar atas paksi yg condong 23.5 darjah ke kanan.
Haaa lengkap satu hari!

Macam niiii



Satu putaran bumi mengelilingi matahari bersamaan satu tahun kan?
Dalam kalendar masihi satu tahun ada 365 harii
Means ada 365 putaran bumi pada paksinya



Tapi ni kiraan congak je
Kiraan sebenar bumi terhadap matahari ialah 365.24
Hekk berlebih pulakkan?

Lebihan ni lahh yg dijadikan tahun lompat!
Direka kan 4 tahun sekali sebab nak kumpul lebihan baki dalam setahun tuu
Sebab tu lahh tahun lompat ada 366 hari!
Macam hari ni!!


p/s: semoga kita dipanjangkan umur.
tingkatkan amalan ;)









Monday, February 27, 2012

DOALAH YANG TERBAIK..

ASSALAMUALAIKUM AND HELLO WORLD!

22nd MARCH 2012

InsyaAllah kita bertemu ya!
Semoga kita semua mendapat apa yeng terbaik disisiNya
Redha je walau apa pun yg kita dapat
Sebab mesti ada hikmahnya kan?

Hahaa aku tengah sedapkan hati
Sebab aku dah rasa bahang kecuakan yg hiperbola!



Yang bertambah cuaknya.
Ni first time aku mimpi pasal result. 
Mungkin korang dah selalu kot.
Semalam!
Masa tu memang ah ramai kat sekolah.
Jumpa kawan kawan.
Tiba time result nak diumumkan tu.
Bukannya sebut berapa A, berapa B ke mende ke.
Just sebut LULUS, GAGAL.
Waktu nama aku disebutkan, cikgu sebut apa nak tauu?
GAGAL!
Mommmyyyyyyyyy I FAIL!



Tak tipu weyy sentap habess aku!
Rasa macam..macam..macam..macammacamlahhh!!

Nasiblah tetiba aku terbukak mata!
Fuhhh nasiblah aku mimpi.
Tapi aku masih takut, cuak, nervous.
Macam mana kalo ada yg gagal? 
Arghhh InsyaAllah semuanya okay.
Mimpi mainan tidurkan?

Hekkk kalo dapat LULUS pulak?
Takkan setakat lulus je an?
Mestilah nak lulus dengan cemerlang.


Pape pun.
Dalam waktu yang berbaki nii.
Jangan penah berhenti berdoa, solat sunat dan sebagainya
Hmm tapi diri aku ni takde lahh baik sangat.
Mungkin mimpi tu jugak nak bagi warning ke, mana tau kan?

SPM bukanlah segala-galanya.
Segala-galanya bukanlah SPM.

Tapi kalau kita amalkan yg D.U.I.T ni.
InsyaAllah kita berjaya.
Tapi mungkin korang ada pandangan lain?

SO.
GOOD LUCK 0711 !



p/s: ke GAGAL LULUS tu untuk test JPJ nanti? 
Jangannn! 
Aku nak terus lulus!






Thursday, February 23, 2012

BOBOIBOY TUMPAS DITANGAN ULTRAMAN

ASSALAMUALAIKUM DAN HELLLLLLOO



Warghhhh lamanya tak update. Mintak maap lahh sangat sebab memang takde mood sangat sangat! Laa ni baru ada mood sikit. Ohohh. Terima kasih kepada yg membaca ;D Winkk winkk.




Hmm tadi punyalah kecoh rumah aku nii tengok bola.
Padahal abah dgn abang aku je kot yg bising -.-
 MALAYSIA vs JEPUN kan? 
Pusingan ke berapa entahh. Ahh abaikan je.





Kelayakan untuk ke Olimpik London 2012.
Okay memang tak dinafikan mengecewakan.
Definitely semua Malaysian rasa camtu jugak.
Score? 0-4 lahh. Apsal? Malu ehh? 
Rasa macam dorang ni main tah hape hape?


Hmm aku pun pikir camtuu.
Tapi bila pikir pikir balek, kitaa ni time dorang menang kemain lagi disanjung sanjung.
Bila dah kalah macam ni?
Fuhhh, kemain kutuk lagiii.
Cakap itu! Cakap ini!
Blaa...blaa...bla..bla...bla...BALA?
Apa kita ni dah cukup bagus sangat ke?
Tak salah kalau nak bg kritikan, tapi bagilah yg membina.
Ni tak, ada yang sampai mencemuh cemuhh.
Rilexx lahh der.




Bagi akulah kan, kalah 0-4 tu kira masih bernaib baik. *even actually it's worse!
Kalau tak dibantainya 0-8 ke.. 
Haishh, aku tatap sokong Tanah Airku bahhh ^^

Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah bagi sokongan padu dekat dorang.
Tak kisahlah menang ke, kalah ke.. Adat pertandingankan?
Lagi pun, Jepun tu dah pergi World Cup kan?
Tengoklah, level dorang dah tinggi. 
Kita? Asia je kan?
Tapi takpelah. 
Masih ada masa untuk tingkatkan prestasi dorang.
Plus plus lagi dorang nii muda lagi. 





Teruslahh bagi sokongan!
Aku paham, anda anda diluar sana memang frust gilee gilee babeng lah kan.
Especially yg fanatik bola tu.
Yang kurang fanatik mungkin frust sikittt je kot. Hiwwhiw
Bukan nak tunjuk berlagak. tapi aku menghargai usaha dorang.

1000 person like this. kih3000


Hahaha tapi yang kelakar macam macam ayat keluar.
Honda lawan Proton lahh
Kluangman lawan Ultraman lahh
Doraemon, Cicakman, Sailormoon.
Tajuk aku ni pulak Boboiboyy. 

Yang ni pulak entah hapee aku merepek dengan kawan kawan yg sekepala ;P




KALAU TAKLEH BACA KLIK KAT GAMBAR EHH?

Sekian itu sajolahhh.
Thankyouuu ;)



P/S: IM PROUD TO BE MALAYSIAN!

Wednesday, February 15, 2012

# ALAHAII MALULAH SIKIT -.-



Halllo good night semuaa. Err, morning kot? Ni nak meluahkan sesuatu nii. Perempuan ni kan macam yg kita tahu sebenarnya dikurniakan dengan sifat yg lemah lembut, mempunyai budi pekerti yg tinggi and etc. Tapi ni aku nak cakap pasal perempuan yg sukaaaaaaaaa sangat sebut perkataan kesat ni. Bahasa kasarnya mencarut laahh. Ishh ishh, tak malu ke? Fine lahh, aku pun takdelah baik sangat and dulu pun pernah laa sebut. Tapi sendiri mauu sedar diri lahh beb! Hmmm, kalo setakat 'siot' ke aku rasa tu masih okay kot. Yekeee? Bagi aku lahh. Ni yg sampai kene sebut nama binatang tu pehal lak? Kesian binatang tu, tersedak sedak diaa. Contohnyaa macam ni lahhh;

Ni contoh jeeee

Malu tak malu? -.- Kadang kadang tu, muka dah cantik dahhh. Tapi bila bercakap. 
Fuhhhhhhhhhhhhhh, terkezut. Memang tak padan dengan rupa. 
Yg pengalaman aku pulak, aku penah perlilahh sorang rakan nii. Aku cakap, cantik ayat kau! Dia boleh tanya kenapa lak? 
Hmm aku tak tahu laa tu jenis apa. Buat tak tahu atau memang taktauu? 
Kadang kadang tu ada laa gak tegur tapi bunyi cam  bergurau laa. Sebab sedaya upaya nak jugak jaga hati orang. 
Boleh pulak dia cakap, rilexxlah aku cakap kat laki, dorang dah biasalahhh. 
Bagi akulah kan, tak kisahlah cakap dgn laki ke pompuan ke. Sama je! 
Tak terpikir ke apa yg orang tu fikir kitaa ni jenis perempuan camne?
Apa? Ingat cakap camtu nampak kau lebih cool and sporting and friendly?


Lelaki. Sepatutnyaa korang pun janganlah sebut sebut. Bukannya apa. Sakit telinga ni. Sedap je meluncur keluar dari mulut. Senang je cakap. Tapi bila suruh kau baca surah atau jadi imam? Ketaq lutut! Baca pun tak betul. Gagap. 
those who are yg suka mencarut ni lahhh. takde maksudkan sape sape


And aku nak mintak maaf lahh kalo mungkin anda yg saya pernah tegur tu kurang senang atau feels like 'What the heckkkk with youu?'
 Im so sorrrrrrry.
Sebenar benarnyaa, aku pun dalam proses mengupgrade diri aku niii.
Alhamdulillah, aku pun dah bertahun lamanyaa tinggalkan amalan bahasa kesat nii
Semoga dapat berterusan sampai bila bila.

SEBAB



Muhasabah diri. Wallahu'alam.

Monday, February 13, 2012

#26 AJAL DITANGAN-NYA




Nak tau? Nak tau?
Ni aku nak citee pasal junior sekolah rendah aku nii.
Lelaki. Muda 2 tahun dari aku.
Means dia 16 tahun lah kan. Form four.
Errr takdelahh rapat tapi kenal muka lahh.
Sama sama sekolah rendah.
Malam tadi aku dikejutkan dengan berita yg dia accident.
Yelahh mak dia tu kawan mak aku then sekampung pulakkan.
Innalillahiwainnailaihirajiun. 
Aku dapat berita lagi yg dia dah pergi mengadap Ilahi dalam usia yg muda.
Dia 'pergi' dengan membe dia sorang tu, lagi muda. 13 tahun baru.
Accident motor. Takde lesen. Mati katak. *mintak2 dijauhkan
Dengar cerita dia terbabas dekat selekoh. 
Kebetulan kat situ ada pasir. 
Tergelincir and mungkin takdir dah tentukan ada kereta langgar dorang.


Hmmm, moral of the story kat sini ialah AJAL akan menjemput kita tak kira bila bila masa.
Tak kira lah kita tua? Muda? 
Kalau Allah dah tentukan kita meninggal dunia dalam usia yg muda, kita tak boleh buat apa. 
Itu semua qada' dan qadar.


SEKADAR PERINGATAN KEPADA DIRI SENDIRI AND SEMUA.
Jadi kita sebagai manusia yg dicipta Allah, kene sentiasa bersiap sedia untuk tunggu hari kita pulak.
Bila kita mati? Macam mana kita mati nanti?
Aku tak tahu. Kau tak tahu. Dia tak tahu. Mereka tak tahu. 
Dan sesiapa pun takkan tahu KECUALI Dia.


Memanglahh aku insaf dengar banyak cerita kematian yg banyak libatkan orang muda.
Yelahh sebab kitakan masih muda?
Sebab tulahh tiap kali lepas sembahyang, kita doakan umur kita panjang.
Moga kita mati dalam Islam. 
Dalam Iman. 
Dalam keadaan yg tak menyedihkan.


YA! Aku mengaku yg aku ni masih banyak yg kekurangan.
Masih banyak lagi perkara yg aku tak amalkan.
Tapi sekurang kurangnya kita sedar diri dan sentiasa cuba untuk ubah diri kita menjadi lebih baik

Dalam salah satu teka teki Imam Ghazali ada bertanya;
" Apakah yg paling dengan kita di dunia ini? "
: KEMATIAN

Ingatlah setiap yg bernyawa, pasti akan merasai mati.

Lahirnya insan disambut dengan AZAN, manakala pemergiannya diiringi dengan SOLAT.
Alangkah singkatnya hidup inijika waktunya diibaratkan seperti AZAN dan SOLAT.

BUAT RENUNGAN BERSAMA.


semoga arwah ditempatkan bersama orang orang yg soleh 
dan dicucuri rahmat-Nya
AL-FATIHAH

Friday, February 10, 2012

#25



: KETIKA ALLAH MENCIPTAKAN WANITA ::.

Ketika Allah menciptakan wanita,
Malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama, Tuhan?"
Tuhan menjawab, "Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?"
Dua tangan mesti di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh di gerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan...
Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya...
Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan...
Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini...
Malaikat menjawab, "Hanya dengan dua tangan ini?"
"Tetapi...,Engkau membuatnya begitu halus & lembut"
"Ya..., AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa"
"Apakah dia mampu berfikir?" Tanya Malaikat
Tuhan menjawab, "Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya
Malaikat itu menyentuh dadanya,
"Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya"
"Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga"
"Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan"
"Ya....., Harus...!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki...
Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri...
Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit...
Mampu tertawa saat hatinya menangis...
Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya...
Dia boleh melawan ketidakadilan...
Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia...
Hatinya terluka saat melihat kesedihan...
Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka...
CINTANYA TANPA SYARAT"
Malaikat sangat kagum, "Lalu apa kekurangannya?"
Tuhan menjawab, "Hanya satu hal....., Dia terkadang lupa betapa berharganya dia"


BUAT KAUM HAWA, HARGAILAH DIRI ANDA SEBAIK-BAIKNYAA :)
*peringatan kepada diri sendiri jugakk