I MAY NOT BE A PERFECT ONE, I MAY NOT BE GOOD ONE BUT I ALWAYS TRYING TO A BETTER ONE :)

Wednesday, February 29, 2012

It's 29th FEBRUARY!

ASSALAMUALAIKUM AND HELLO WORLD!

Tujuan aku nak tulis nii hanyalah nak mengabdikan kenangan tarikh pelik hari ni.
29th FEBRUARY
Hahaha
Jumpa 4 tahun sekali je kan.

Sapa sapa yang sambut birthday hari nii, HAPPY BIRTHDAY!
Berapa kek dapat?
Kaut sekali 4 kek ke?



Baik kanak-kanak.
Hari ni cikgu nak ajar sikit pasal bumi yerr


Kita dah tau kan bumi ni berputar kat atas paksinya dan mengelilingi matahari.
Kan? Kan?
GEOGRAFI A+ ! *memang ada pulakk -.-
Bumi berputar atas paksi yg condong 23.5 darjah ke kanan.
Haaa lengkap satu hari!

Macam niiii



Satu putaran bumi mengelilingi matahari bersamaan satu tahun kan?
Dalam kalendar masihi satu tahun ada 365 harii
Means ada 365 putaran bumi pada paksinya



Tapi ni kiraan congak je
Kiraan sebenar bumi terhadap matahari ialah 365.24
Hekk berlebih pulakkan?

Lebihan ni lahh yg dijadikan tahun lompat!
Direka kan 4 tahun sekali sebab nak kumpul lebihan baki dalam setahun tuu
Sebab tu lahh tahun lompat ada 366 hari!
Macam hari ni!!


p/s: semoga kita dipanjangkan umur.
tingkatkan amalan ;)









Monday, February 27, 2012

DOALAH YANG TERBAIK..

ASSALAMUALAIKUM AND HELLO WORLD!

22nd MARCH 2012

InsyaAllah kita bertemu ya!
Semoga kita semua mendapat apa yeng terbaik disisiNya
Redha je walau apa pun yg kita dapat
Sebab mesti ada hikmahnya kan?

Hahaa aku tengah sedapkan hati
Sebab aku dah rasa bahang kecuakan yg hiperbola!



Yang bertambah cuaknya.
Ni first time aku mimpi pasal result. 
Mungkin korang dah selalu kot.
Semalam!
Masa tu memang ah ramai kat sekolah.
Jumpa kawan kawan.
Tiba time result nak diumumkan tu.
Bukannya sebut berapa A, berapa B ke mende ke.
Just sebut LULUS, GAGAL.
Waktu nama aku disebutkan, cikgu sebut apa nak tauu?
GAGAL!
Mommmyyyyyyyyy I FAIL!



Tak tipu weyy sentap habess aku!
Rasa macam..macam..macam..macammacamlahhh!!

Nasiblah tetiba aku terbukak mata!
Fuhhh nasiblah aku mimpi.
Tapi aku masih takut, cuak, nervous.
Macam mana kalo ada yg gagal? 
Arghhh InsyaAllah semuanya okay.
Mimpi mainan tidurkan?

Hekkk kalo dapat LULUS pulak?
Takkan setakat lulus je an?
Mestilah nak lulus dengan cemerlang.


Pape pun.
Dalam waktu yang berbaki nii.
Jangan penah berhenti berdoa, solat sunat dan sebagainya
Hmm tapi diri aku ni takde lahh baik sangat.
Mungkin mimpi tu jugak nak bagi warning ke, mana tau kan?

SPM bukanlah segala-galanya.
Segala-galanya bukanlah SPM.

Tapi kalau kita amalkan yg D.U.I.T ni.
InsyaAllah kita berjaya.
Tapi mungkin korang ada pandangan lain?

SO.
GOOD LUCK 0711 !



p/s: ke GAGAL LULUS tu untuk test JPJ nanti? 
Jangannn! 
Aku nak terus lulus!






Thursday, February 23, 2012

BOBOIBOY TUMPAS DITANGAN ULTRAMAN

ASSALAMUALAIKUM DAN HELLLLLLOO



Warghhhh lamanya tak update. Mintak maap lahh sangat sebab memang takde mood sangat sangat! Laa ni baru ada mood sikit. Ohohh. Terima kasih kepada yg membaca ;D Winkk winkk.




Hmm tadi punyalah kecoh rumah aku nii tengok bola.
Padahal abah dgn abang aku je kot yg bising -.-
 MALAYSIA vs JEPUN kan? 
Pusingan ke berapa entahh. Ahh abaikan je.





Kelayakan untuk ke Olimpik London 2012.
Okay memang tak dinafikan mengecewakan.
Definitely semua Malaysian rasa camtu jugak.
Score? 0-4 lahh. Apsal? Malu ehh? 
Rasa macam dorang ni main tah hape hape?


Hmm aku pun pikir camtuu.
Tapi bila pikir pikir balek, kitaa ni time dorang menang kemain lagi disanjung sanjung.
Bila dah kalah macam ni?
Fuhhh, kemain kutuk lagiii.
Cakap itu! Cakap ini!
Blaa...blaa...bla..bla...bla...BALA?
Apa kita ni dah cukup bagus sangat ke?
Tak salah kalau nak bg kritikan, tapi bagilah yg membina.
Ni tak, ada yang sampai mencemuh cemuhh.
Rilexx lahh der.




Bagi akulah kan, kalah 0-4 tu kira masih bernaib baik. *even actually it's worse!
Kalau tak dibantainya 0-8 ke.. 
Haishh, aku tatap sokong Tanah Airku bahhh ^^

Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah bagi sokongan padu dekat dorang.
Tak kisahlah menang ke, kalah ke.. Adat pertandingankan?
Lagi pun, Jepun tu dah pergi World Cup kan?
Tengoklah, level dorang dah tinggi. 
Kita? Asia je kan?
Tapi takpelah. 
Masih ada masa untuk tingkatkan prestasi dorang.
Plus plus lagi dorang nii muda lagi. 





Teruslahh bagi sokongan!
Aku paham, anda anda diluar sana memang frust gilee gilee babeng lah kan.
Especially yg fanatik bola tu.
Yang kurang fanatik mungkin frust sikittt je kot. Hiwwhiw
Bukan nak tunjuk berlagak. tapi aku menghargai usaha dorang.

1000 person like this. kih3000


Hahaha tapi yang kelakar macam macam ayat keluar.
Honda lawan Proton lahh
Kluangman lawan Ultraman lahh
Doraemon, Cicakman, Sailormoon.
Tajuk aku ni pulak Boboiboyy. 

Yang ni pulak entah hapee aku merepek dengan kawan kawan yg sekepala ;P




KALAU TAKLEH BACA KLIK KAT GAMBAR EHH?

Sekian itu sajolahhh.
Thankyouuu ;)



P/S: IM PROUD TO BE MALAYSIAN!

Wednesday, February 15, 2012

# ALAHAII MALULAH SIKIT -.-



Halllo good night semuaa. Err, morning kot? Ni nak meluahkan sesuatu nii. Perempuan ni kan macam yg kita tahu sebenarnya dikurniakan dengan sifat yg lemah lembut, mempunyai budi pekerti yg tinggi and etc. Tapi ni aku nak cakap pasal perempuan yg sukaaaaaaaaa sangat sebut perkataan kesat ni. Bahasa kasarnya mencarut laahh. Ishh ishh, tak malu ke? Fine lahh, aku pun takdelah baik sangat and dulu pun pernah laa sebut. Tapi sendiri mauu sedar diri lahh beb! Hmmm, kalo setakat 'siot' ke aku rasa tu masih okay kot. Yekeee? Bagi aku lahh. Ni yg sampai kene sebut nama binatang tu pehal lak? Kesian binatang tu, tersedak sedak diaa. Contohnyaa macam ni lahhh;

Ni contoh jeeee

Malu tak malu? -.- Kadang kadang tu, muka dah cantik dahhh. Tapi bila bercakap. 
Fuhhhhhhhhhhhhhh, terkezut. Memang tak padan dengan rupa. 
Yg pengalaman aku pulak, aku penah perlilahh sorang rakan nii. Aku cakap, cantik ayat kau! Dia boleh tanya kenapa lak? 
Hmm aku tak tahu laa tu jenis apa. Buat tak tahu atau memang taktauu? 
Kadang kadang tu ada laa gak tegur tapi bunyi cam  bergurau laa. Sebab sedaya upaya nak jugak jaga hati orang. 
Boleh pulak dia cakap, rilexxlah aku cakap kat laki, dorang dah biasalahhh. 
Bagi akulah kan, tak kisahlah cakap dgn laki ke pompuan ke. Sama je! 
Tak terpikir ke apa yg orang tu fikir kitaa ni jenis perempuan camne?
Apa? Ingat cakap camtu nampak kau lebih cool and sporting and friendly?


Lelaki. Sepatutnyaa korang pun janganlah sebut sebut. Bukannya apa. Sakit telinga ni. Sedap je meluncur keluar dari mulut. Senang je cakap. Tapi bila suruh kau baca surah atau jadi imam? Ketaq lutut! Baca pun tak betul. Gagap. 
those who are yg suka mencarut ni lahhh. takde maksudkan sape sape


And aku nak mintak maaf lahh kalo mungkin anda yg saya pernah tegur tu kurang senang atau feels like 'What the heckkkk with youu?'
 Im so sorrrrrrry.
Sebenar benarnyaa, aku pun dalam proses mengupgrade diri aku niii.
Alhamdulillah, aku pun dah bertahun lamanyaa tinggalkan amalan bahasa kesat nii
Semoga dapat berterusan sampai bila bila.

SEBAB



Muhasabah diri. Wallahu'alam.

Monday, February 13, 2012

#26 AJAL DITANGAN-NYA




Nak tau? Nak tau?
Ni aku nak citee pasal junior sekolah rendah aku nii.
Lelaki. Muda 2 tahun dari aku.
Means dia 16 tahun lah kan. Form four.
Errr takdelahh rapat tapi kenal muka lahh.
Sama sama sekolah rendah.
Malam tadi aku dikejutkan dengan berita yg dia accident.
Yelahh mak dia tu kawan mak aku then sekampung pulakkan.
Innalillahiwainnailaihirajiun. 
Aku dapat berita lagi yg dia dah pergi mengadap Ilahi dalam usia yg muda.
Dia 'pergi' dengan membe dia sorang tu, lagi muda. 13 tahun baru.
Accident motor. Takde lesen. Mati katak. *mintak2 dijauhkan
Dengar cerita dia terbabas dekat selekoh. 
Kebetulan kat situ ada pasir. 
Tergelincir and mungkin takdir dah tentukan ada kereta langgar dorang.


Hmmm, moral of the story kat sini ialah AJAL akan menjemput kita tak kira bila bila masa.
Tak kira lah kita tua? Muda? 
Kalau Allah dah tentukan kita meninggal dunia dalam usia yg muda, kita tak boleh buat apa. 
Itu semua qada' dan qadar.


SEKADAR PERINGATAN KEPADA DIRI SENDIRI AND SEMUA.
Jadi kita sebagai manusia yg dicipta Allah, kene sentiasa bersiap sedia untuk tunggu hari kita pulak.
Bila kita mati? Macam mana kita mati nanti?
Aku tak tahu. Kau tak tahu. Dia tak tahu. Mereka tak tahu. 
Dan sesiapa pun takkan tahu KECUALI Dia.


Memanglahh aku insaf dengar banyak cerita kematian yg banyak libatkan orang muda.
Yelahh sebab kitakan masih muda?
Sebab tulahh tiap kali lepas sembahyang, kita doakan umur kita panjang.
Moga kita mati dalam Islam. 
Dalam Iman. 
Dalam keadaan yg tak menyedihkan.


YA! Aku mengaku yg aku ni masih banyak yg kekurangan.
Masih banyak lagi perkara yg aku tak amalkan.
Tapi sekurang kurangnya kita sedar diri dan sentiasa cuba untuk ubah diri kita menjadi lebih baik

Dalam salah satu teka teki Imam Ghazali ada bertanya;
" Apakah yg paling dengan kita di dunia ini? "
: KEMATIAN

Ingatlah setiap yg bernyawa, pasti akan merasai mati.

Lahirnya insan disambut dengan AZAN, manakala pemergiannya diiringi dengan SOLAT.
Alangkah singkatnya hidup inijika waktunya diibaratkan seperti AZAN dan SOLAT.

BUAT RENUNGAN BERSAMA.


semoga arwah ditempatkan bersama orang orang yg soleh 
dan dicucuri rahmat-Nya
AL-FATIHAH

Friday, February 10, 2012

#25



: KETIKA ALLAH MENCIPTAKAN WANITA ::.

Ketika Allah menciptakan wanita,
Malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama, Tuhan?"
Tuhan menjawab, "Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?"
Dua tangan mesti di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh di gerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan...
Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya...
Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan...
Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini...
Malaikat menjawab, "Hanya dengan dua tangan ini?"
"Tetapi...,Engkau membuatnya begitu halus & lembut"
"Ya..., AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa"
"Apakah dia mampu berfikir?" Tanya Malaikat
Tuhan menjawab, "Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya
Malaikat itu menyentuh dadanya,
"Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya"
"Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga"
"Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan"
"Ya....., Harus...!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki...
Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri...
Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit...
Mampu tertawa saat hatinya menangis...
Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya...
Dia boleh melawan ketidakadilan...
Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia...
Hatinya terluka saat melihat kesedihan...
Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka...
CINTANYA TANPA SYARAT"
Malaikat sangat kagum, "Lalu apa kekurangannya?"
Tuhan menjawab, "Hanya satu hal....., Dia terkadang lupa betapa berharganya dia"


BUAT KAUM HAWA, HARGAILAH DIRI ANDA SEBAIK-BAIKNYAA :)
*peringatan kepada diri sendiri jugakk

Thursday, February 9, 2012

#24



Heyy heyy.
Borang matriks dah boleh bukak kan?
Saya dah kemaskini!
Anda bagaimana?
Saya guna Google Chrome jeeee ;)


Okay ni sumpah hambar, tapi layan jelaaaaaaa -.-



errrr , i don't know what the heck is going on!

THANKS LAA READERS AND VISITERS YG LAYAN MELAYANNN.
LAYAN JELAAAAAA!

Tuesday, February 7, 2012

#23 KENAPA TAK BOLEH?





Hyee girls and guys! 
Eh ehh aku nak minta maaf.
Hari tu aku ada bagitau pasal kemaskini borang matriks tu kan?
Memang ada. Betul! Aku tak tipuuu!
Tapi korang boleh bukak tak?
Aku dengar ramai tak boleh bukak ehh?
Iyeeee kitee pun sama. Kitee pun takleh bukak laa
Sorrrry sorry soorrryyy.
It wasn't my fault.
Kitaa pun dah cuba, kita pun nak update tapi sama nasib sengan sapa sapa yang tak boleh bukak tu.
Taktau laa apa masalahnyaa. 
It sokayy , we still have time!
Doa doalah tak buat hal sampai 20 Februari nii
Sebab aku pun tak kemaskini lagi borang tu!

Again,
IM SORRY IM SORRY IM SORRY IM SORRY ;(

Agak agak dah boleh tu, klik bawah nii orait?
WEB PORTAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Sunday, February 5, 2012

#22 JANGAN MAIN HENTAMM JE!


 
 
Sempena Maulidur Rasul hari ni, aku tibe rasa terpanggil nak berkongsi satu cerita. Tak kesah lahh sapa sapa penah baca ke belom ke. Just want to share. Pendek kata, Sharing Is Caring. Aku kan caringgg :P *tu perasan k hahaha

Di sebuah restoran mahal..

Seorang gadis bertudung makan seorang diri...

tiba-tiba datang sekumpulan remaja duduk di meja sebelah..

Seorang gadis dari kumpulan itu berkata :

"gadis kampung mana pulak datang restoran mahal camni pastu makan guna tangan pulak tu...ni mesti tak reti nak pakai sudu dan garfu kan.."

Seorang anak muda pulak menyampuk:

"ish...muka cantik..tapi makan sampai licin pinggan..malu kalau aku jadi bf dia..kalau awek aku makan x sampai separuh pinggan..diet katakan..nak jaga badan...."

Seorang lagi berkata :

"eww..tengok tu...sampai menjilat jari..geli aku...pengotor rupanya awek ni..."..

Kemudian datang seorang lelaki yang tidak dikenali ke arah kumpulan remaja tu...

Lelaki tu berkata:

♥ Gadis bertudung itu makan guna tangan kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w. bukan kerana dia gadis kampung.

♥ Gadis bertudung itu makan sampai licin kerana dia tak ikut nafsu untuk membazir, bukan kerana dia tidak malu.

♥ Gadis bertudung itu makan sampai menjilat jari kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w, bukan kerana dia pengotor.

p/s : Rasulullah saw. bersabda yg bermaksud : “Sesiapa yg menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya ia telah mencintaiku, dan sesiapa yg mencintaiku, nescaya ia bersama-samaku di dalam syurga.. (Riwayat Anas ra.) (^_^) ♥

 
 
 AMBILLAH PENGAJARAN.
 
JOM KITA AMALKAN SUNNAH BAGINDA S.A.W.
 
INSYAALLAH , WALLAHUA'LAM ;D

#21


 
 
SALAM MAULIDUR RASUL
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk berjumpa dengan Maulud Nabi tahun ni :)
 
Tapi tahun ni berbeza sikit dengan tahuun lepas.
Tahun ni hanya sambut kat rumah je
Tahun sebelum ni of course lahh dekat sekolah.
MAAFLAHH, entry ni buka berkisar dakwah ke apa ke, hanya nak bercerita sajaa.
Tapi kalau kita semua ni tak mampu nak ikut semua sunnah Rasulullah S.A.W sekurang-kurangnya kita adalah jugak amalkan. Benda benda yang simple tu pun jadilahh. 
Tapi rasanya sunnah Rasulullah takde pulak yg membebankan en ?
So buatlah secara istiqamah dan berterusan. Tu pandangan aku lahh.

Okay sambung balik , aku memang missed gilee nak berarak kat sekolah.
Berselawat ramai ramai. Terasa betul ! 
Lepas tu dengar ceramah even mengantuk sampai tersengguk sengguk. Ehhehe
Sorry, aku memang rindu rindu rindu rindu !
 
Ni gambar gambar masa sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah tahun lepas, 2011


Banner from Rumah Tunku Burhanuddin

From Rumah Tunku Kurshiah



From Rumah Raja Hitam




Rumah Raja Melewar


 SECARA KESELURUHANNYA, SEBENARNYA BANNER SEMUA TAK SIAP SEBAB MALAM TU BARU BAGITAHU KENE BUAT BANNER!


EXODUS 0711. Hhaha





Nampak Cik Ilah kat situu ? Hehh


















 Tapi yang penting bukan sambutan yang meriah yang kita nak, tapi penghayatan kita terhadap Rasulullah tu yang penting. Betul tak? Betul tak?

Till then , Assalamualaikum ^^

*kalau ada salah silap aku bertutur kata tegur yeee?


Friday, February 3, 2012

#20 ( BOLEH KEMASKINI BORANG MATRIKS 2012/2013! )








ATTENTION !
ORANG KAMPUNGGG SEKALIAN!!
Bagi sapa sapa yang tktau pasal ni and sapa yang tak kemaskini borang matriks hari tu, korang boleh kemaskini nanti. Cuba baco ni haa.

Iyee iye, korang boleh start kemaskini pada 6 Februari 2012 sampaiiiiiiiii 20 Februari 2012 ni.
Pelajar SPM 2011 yakni kitalah kan? Diminta untuk kemaskini maklumat tambahan through HERE! CLICK KAT SINI ! 


Kalau korang nak kemaskini tu kan, just masukkan nombor I/C and angka gliran masa SPM tu sahaja. Sonang citokan?

Kalau ada papehal lagi, sila hubungi 03-8884 4083 / 4036 / 4040 .
Boleh telefon pada pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang. 
Tapi dengan syarat hari bekerja je okayy ?

SELAMAT MENGEMASKINI !



*aku dapat dari laman web rasmi KPM ehhh. tak caya bukak laa

#19


 
 
Warghhhh aku rasa sangat AWESOMEE^^ bila dah dapat drive ;D Yahoooo! Cehh, suka hati akulah nak eksaited ke taknak. Aku punya perasaan. Iyee aku tau memang dah ramai dah dapat lesen, tp lantaklah tu dorang punya citee. Ni aku punya cite. Hehhe. Memang aku ambik lambat, so what? Duit aku, bukan duit kau, got it? Jyeahhh, tapi tadi aku bukan belajar kat tempat belajar tu. Ni aku belajar dengan aku ejen aku. Chinese tapi dah biasa dengan family aku. Dari ibu aku ke kakak aku ke abang aku, diaaaaa jela tenaga pengajarnya :) Hahaha kemain teror aku dia bawak terus on the road. Woot woot tapi aku kan duduk kampung, jalan tak sesak sangat. Dia suruh aku drive pusing pusing kampung. Belajar parking, belajar kat bukit. So time aku belajar betul betul kat Akademi Memandu Nilai a.k.a AMN tu nanti takdelah aku gelabah bawak kereta ^^. At least aku dah tau basic.

HAHAHA. Bila aku teringat aku drive tadi kelakar pulak, yelaaa orang tak pernah drive en? Selama ni aku siangggg sunggg siangg sunggg dengan motor je. Ya? Aah aku ambik lesen dua dua teros. Kereta plus motor. Orang tu tak habis habis cakap, 
" badan kasi ringan haa "
 " itu tangan kasi lembut "
" mata pandang depan "
" kaki kasi tahan clutch "
" itu kaki jangan lepas clutch banyak banyak "
* banyak lg sebenarnya
 
Aku rasa paling kelakar time aku nak masuk gear satu. Sumpahhh! Kalut gilee aku. Tersedak sedak kereta. Gelak kau kan? Hahh mampuhhh! Baru dua kali drive. Nanti aku teror laaa ni. Hihokk. Huuuu ISNIN ni bersamaan 6 Februari baru aku pergi belajar betul betul kat litar. Ehh, doakan aku tak gelabah tauuu , aku ni cepat ketaq lutut sikit.. Eh? Eh? Eh? Thank youuuuu

 
To find what you seek in the road of life, the best proverb of all is that which says :
" Leave no stone unturned "
Edward Bulwer Lytton

Thursday, February 2, 2012

#18




 
 
DON'T FEEL ASHAMED WHEN GIVING LITTLE FOR CHARITY. THAT IS BECAUSE THERE IS ALWAYS GOODNESS IN GIVING NO MATTER HOW LITTLE :)
"ali bin abi talib karamallahu wajhah"
 
 
  • Barang yang elok dan baik
  • Hasil yang halal 
  • Memberi sedekah barang yang disayangi
  • Sedekah dengan niat yang ikhlas
  • Sedekah yang tidak dihebahkan
  • Sedekah untuk menyucikan diri dan harta
  • Sedekah mampu memadam dosa
  • Sedekah mampu menghindar dari kematian Suul Khatimah
  • Sedekah mampu menghindarkan bala
  • Sedekah mampu menyucikan jiwa
  • Sedekah mampu memanjangkan umur

 Err , kadang kadang kita malu nak bagi sedekah kat orangkan? Tapi takpe, kau bagi RM1.00 tu pun kira bermakna bagi orang tu. Mungkin ada yang kita fikir, ada pengemis yang menipu, tapi kalau niat hati kita nak bersedekah, Insya-Allah ada ganjarannya. Tapi dengan syarat hati kita Lillahi Taala. Bukan nak menunjuk-nunjuk atau riak. Yes, mungkin kita ni masih takde duit nak sedekah kat rumah anak anak yatim atau rumah rumah kebajikan, tapi apa salahnya kita hulur singgit, dua ringgit kan. Bayangkanlah kalau satu hari nanti, kita kat tempat dorang? Percayalah satu hari nanti bila kita susah, orang lain pulak akan tolong kita, InsyaAllah :)

TAPI INGAT, SENYUM PUN SEDEKAHKAN? ^_______^
  
PEACE^^




Aku suka baca ni. Hehe. Memang patutlah pun. Thanks to Ustaz Idrus. Bukan nak bajet baek lahh kan. And yeahh, menda ni pun ramai dah baca cuma aku punya suka, suka hati aku lahh buat apa. Kan? Kan? Actually aku rasa menda ni kita sebagai kaum Hawa ni pun kene take note. Kot? HAHA :D Usha lah apa yang ustaz ni cakap :)

  • Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
  • Jangan buat wanita itu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.
  • Jangan beri wanita harapan kalau anda sendiri tidak pasti.
  • Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.
  • Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada persaan untuknya.
  • HARAM jika wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk menikahinya.

I MAY NOT BE A PERFECT ONE , I MAY NOT BE A GOOD ONE.
BUT
I ALWAYS TRYING TO BE THE BETTER ONE :)